Diam-diam
ubi berisi, itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan personaliti
seorang pereka grafik yang kini namanya kian melonjak naik di persada
antarabangsa.
Bermula
dengan impian menjadi seorang pemuzik, namun sayangnya impiannya itu hanya
tinggal kenangan.
Dari
mengimpikan menjadi seorang pemuzik, dia beralih minat menjadi seorang pereka
grafik.
Jong
Disheng @ Dixon Jong, 23, tidak menjadikan tahap pendidikan yang rendah menjadi
penghalang untuk mencapai minatnya dalam bidang seni rekaan grafik.
Dia yang
hanya berkelulusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) nekad mahu mengubah
persepsi orang sekeliling yang melihatnya sebagai orang yang gagal dalam hidup.
Menceritakan
semula detik-detik berkecimpung dalam bidang seni rekaan grafik, Jong yang
lebih dikenali sebagai Dixon berkata, selepas SPM dia tidak berminat untuk
melanjutkan pelajarannya.
Pada mulanya,
ibu dan bapa Dixon menghalang keputusannya, namun akhirnya akur dengan pendiriannya
pada masa itu.
“Saya
tidak suka dengan konsep “study,” katanya. Dia yakin
bahawa dia boleh mengubah taraf hidupnya tanpa ada segulung ijazah sekalipun.
Apabila
ditanya bagaimana dia boleh berminat menjadi seorang pereka grafik, Dixon
berkata, “dulu selepas SPM saya menubuhkan satu kumpulan musik bersama
rakan-rakan saya.
Pada suatu
hari, kami ingin membuat satu artwork
untuk kumpulan kami, tetapi kami tidak mempunyai duit yang cukup untuk mengupah
pereka grafik.
Oleh itu,
saya membuat keputusan untuk belajar mengunakan aplikasi photoshop, dan saya menyedari bahawa saya meminati bidang ini.”
Namun,
kumpulan musiknya itu tidak bertahan lama.
“Selepas
kumpulan musik saya bubar, saya bekerja sebagai foreman construction yang hanya bergaji RM60 sehari, dan bagi saya
itu masih tidak cukup,” tambahnya.
Dixon
tidak pernah berminat untuk bekerja sebagai mandor di tapak pembinaan, tapi ia
dilakukannya untuk membantu bapanya yang hanya bekerja sebagai kontaktor
kecil-kecilan.
Bagi
Dixon, bekerja di bawah matahari dan persekitaraan yang kotor tidak sesuai
untuknya, oleh itu dia nekan untuk berhenti kerja dan mula menceburi bidang
seni rekaan grafik tanpa kemahiran yang diperolehi dari universiti.
Sebagai
permulaan, dia belajar segala teknik rekaan menggunakan apliksasi Photoshop melalui Youtube.
“Saya mula
dengan hanya belajar menggunakan Tutorial Video di Youtube dan pada masa itu
saya menggunakan komputer riba milik kakak saya.”
“Disebabkan
saya pernah belajar menggunakan aplikasi ini sewaktu saya mempunyai kumpulan
musik dulu, saya dapat belajar dengan
lebih cepat.”
“Walaupun
pada mulanya saya tidak yakin dengan rekaan grafik yang saya reka pada waktu
itu, bukanlah kerana rekaan saya tidak bagus, cuma saya tidak ada pengikut
ataupun audiens yang bersesuaian, tetapi saya tetap memuat naik rekaan tersebut
di laman facebook saya secara konsisten.”
“Pada
empat bulan pertama, saya tidak mempunyai apa-apa pendapatan, sehinggakan saya
kerap bertengkar dengan ibu saya kerana menurutnya saya hanya membuang masa
saya.”
“Tetapi
saya yakin bahawa saya mampu menjayakan perniagaan ini.”
“Selepas
empat bulan berkecimpung dalam perniagaan ini barulah saya mendapat client
pertama saya dan saya menjual rekan itu hanya dengan $20 USD,” katanya.
Menurut
Dixon, fokus perniagaannya pada masa itu hanya dibuka kepada band metal dari
luar negara, namun progras peniagaannya adalah masih perlahan.
“But the business is slowly picking up dan selepas setahun barulah banyak band mengupah
saya membuat rekaan logo, artwork dan
bermacam-macam lagi untuk mereka.
Cita-cita
saya adalah menjadi seorang jutawan sebelum umur saya 30 tahun, oleh itu, saya
tidak boleh cepat berpuas hati dengan kemajuan perniagaan saya sekarang.”
tambahnya ketika ditemu bual.
Pengasas
syarikat Intuitive Designs berhasrat untuk membuat kerja-kerja amal bagi
membantu golongan kurang bernasib baik jika dia dapat mencapai cita-citanya
itu.
Walaupun
kini keuntungan yang diterimanya secara kasar adalah RM9,000 sebulan, namun dia
tidak pernah berhenti untuk berusaha bagi memastikan namanya dikenali oleh
orang ramai tidak kira dalam atau luar negara.
“Saya
ingin membuka pasaran di dalam negara kita sendiri namun harga pasaran di sini
adalah rendah kerana masyarakat kita masih tidak tahu nilai sebuah rekaan logo
atau sesuatu artwork.
Kini, saya
dalam proses membuat rekaan poster untuk satu syarikat event organize, mungkin ini peluang untuk saya membuka pasaran di
sini secara perlahan-lahan.” katanya lagi.
Menurutnya,
untuk dia sampai ke tahap ini, komitmen, fokus dan sikap tidak putus asa adalah
elemen paling penting untuk membantunya naik dari satu tahap ke satu tahap yang
lebih tinggi.
Dixon
menyatakan bahawa “berdoa dan berharap sahaja tidak cukup, ada orang yang cukup
bertuah kerana mewarisi harta keluarga, tetapi bagi orang yang tidak mempunyai
keistimewaan sebegitu, mereka perlulah berusaha dengan lebih kuat. Usaha itu
penting jika hendak mencapai tahap yang lebih tinggi.”
Ketika
ditanya apakah yang mendorongnya untuk terus memajukan diri, dia berkata, “
saya pernah hidup susah, keluarga saya miskin hinggakan mak cik saya seringkali
mendermakan pakaian-pakaian terpakai kepada kami. Saya tidak
dapat membeli apa yang saya inginkan. Pada umur saya 15 tahun, saya mendapat
telefon pertama saya dari mak cik saya, namun telefon itu akhirnya dijual oleh
bapa saya kerana pada ketika itu keluarga saya mengalami kesempitan wang.”
Dengan
berbekalkan niat ingin mengubah nasib keluarganya, dia terus berusaha untuk
memajukan dirinya.
Tambahnya,
“untuk menceburi bidang perniagaan, sikap malas adalah sikap yang perlu dibuang
jauh-jauh kerana duit tidak jatuh dari langit seperti hujan.”
Dixon
bersyukur kerana dia dapat bekerja di dalam bidang yang diminatinya walaupun,
tidak mempunyai tahap pelajaran yang tinggi.
Dixon menyiapkan rekaan grafik yang ditempah oleh kliennya.
Rekaan untuk baju bagi kumpulan dari Amerika Syarikat iaitu
Memphis May Fire.
Rekaan logo untuk Kumpulan Infinity's End
Rekaan poster untuk Kumpulan
Infinity’s End
You can find him at http://intuitivedesigns.weebly.com/ .



No comments:
Post a Comment