Tuesday, 5 September 2017

“Dream big”-Dixon Jong.


Diam-diam ubi berisi, itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan personaliti seorang pereka grafik yang kini namanya kian melonjak naik di persada antarabangsa.

Bermula dengan impian menjadi seorang pemuzik, namun sayangnya impiannya itu hanya tinggal kenangan.

Dari mengimpikan menjadi seorang pemuzik, dia beralih minat menjadi seorang pereka grafik.

Jong Disheng @ Dixon Jong, 23, tidak menjadikan tahap pendidikan yang rendah menjadi penghalang untuk mencapai minatnya dalam bidang seni rekaan grafik.

Dia yang hanya berkelulusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) nekad mahu mengubah persepsi orang sekeliling yang melihatnya sebagai orang yang gagal dalam hidup.

Menceritakan semula detik-detik berkecimpung dalam bidang seni rekaan grafik, Jong yang lebih dikenali sebagai Dixon berkata, selepas SPM dia tidak berminat untuk melanjutkan pelajarannya.

Pada mulanya, ibu dan bapa Dixon menghalang keputusannya, namun akhirnya akur dengan pendiriannya pada masa itu.

“Saya tidak suka dengan konsep “study,” katanya. Dia yakin bahawa dia boleh mengubah taraf hidupnya tanpa ada segulung ijazah sekalipun.

Apabila ditanya bagaimana dia boleh berminat menjadi seorang pereka grafik, Dixon berkata, “dulu selepas SPM saya menubuhkan satu kumpulan musik bersama rakan-rakan saya.

Pada suatu hari, kami ingin membuat satu artwork untuk kumpulan kami, tetapi kami tidak mempunyai duit yang cukup untuk mengupah pereka grafik.

Oleh itu, saya membuat keputusan untuk belajar mengunakan aplikasi photoshop, dan saya menyedari bahawa saya meminati bidang ini.”

Namun, kumpulan musiknya itu tidak bertahan lama.

“Selepas kumpulan musik saya bubar, saya bekerja sebagai foreman construction yang hanya bergaji RM60 sehari, dan bagi saya itu masih tidak cukup,” tambahnya.

Dixon tidak pernah berminat untuk bekerja sebagai mandor di tapak pembinaan, tapi ia dilakukannya untuk membantu bapanya yang hanya bekerja sebagai kontaktor kecil-kecilan.

Bagi Dixon, bekerja di bawah matahari dan persekitaraan yang kotor tidak sesuai untuknya, oleh itu dia nekan untuk berhenti kerja dan mula menceburi bidang seni rekaan grafik tanpa kemahiran yang diperolehi dari universiti.

Sebagai permulaan, dia belajar segala teknik rekaan menggunakan apliksasi Photoshop melalui Youtube.

“Saya mula dengan hanya belajar menggunakan Tutorial Video di Youtube dan pada masa itu saya menggunakan komputer riba milik kakak saya.”

“Disebabkan saya pernah belajar menggunakan aplikasi ini sewaktu saya mempunyai kumpulan musik dulu, saya dapat  belajar dengan lebih cepat.”

“Walaupun pada mulanya saya tidak yakin dengan rekaan grafik yang saya reka pada waktu itu, bukanlah kerana rekaan saya tidak bagus, cuma saya tidak ada pengikut ataupun audiens yang bersesuaian, tetapi saya tetap memuat naik rekaan tersebut di laman facebook saya secara konsisten.”

“Pada empat bulan pertama, saya tidak mempunyai apa-apa pendapatan, sehinggakan saya kerap bertengkar dengan ibu saya kerana menurutnya saya hanya membuang masa saya.”

“Tetapi saya yakin bahawa saya mampu menjayakan perniagaan ini.”

“Selepas empat bulan berkecimpung dalam perniagaan ini barulah saya mendapat client pertama saya dan saya menjual rekan itu hanya dengan $20 USD,” katanya.

Menurut Dixon, fokus perniagaannya pada masa itu hanya dibuka kepada band metal dari luar negara, namun progras peniagaannya adalah masih perlahan.

But the business is slowly picking up dan selepas setahun barulah banyak band mengupah saya membuat rekaan logo, artwork dan bermacam-macam lagi untuk mereka.

Cita-cita saya adalah menjadi seorang jutawan sebelum umur saya 30 tahun, oleh itu, saya tidak boleh cepat berpuas hati dengan kemajuan perniagaan saya sekarang.” tambahnya ketika ditemu bual.

Pengasas syarikat Intuitive Designs berhasrat untuk membuat kerja-kerja amal bagi membantu golongan kurang bernasib baik jika dia dapat mencapai cita-citanya itu.

Walaupun kini keuntungan yang diterimanya secara kasar adalah RM9,000 sebulan, namun dia tidak pernah berhenti untuk berusaha bagi memastikan namanya dikenali oleh orang ramai tidak kira dalam atau luar negara.

“Saya ingin membuka pasaran di dalam negara kita sendiri namun harga pasaran di sini adalah rendah kerana masyarakat kita masih tidak tahu nilai sebuah rekaan logo atau sesuatu artwork.
Kini, saya dalam proses membuat rekaan poster untuk satu syarikat event organize, mungkin ini peluang untuk saya membuka pasaran di sini secara perlahan-lahan.” katanya lagi.

Menurutnya, untuk dia sampai ke tahap ini, komitmen, fokus dan sikap tidak putus asa adalah elemen paling penting untuk membantunya naik dari satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi.

Dixon menyatakan bahawa “berdoa dan berharap sahaja tidak cukup, ada orang yang cukup bertuah kerana mewarisi harta keluarga, tetapi bagi orang yang tidak mempunyai keistimewaan sebegitu, mereka perlulah berusaha dengan lebih kuat. Usaha itu penting jika hendak mencapai tahap yang lebih tinggi.”

Ketika ditanya apakah yang mendorongnya untuk terus memajukan diri, dia berkata, “ saya pernah hidup susah, keluarga saya miskin hinggakan mak cik saya seringkali mendermakan pakaian-pakaian terpakai kepada kami. Saya tidak dapat membeli apa yang saya inginkan. Pada umur saya 15 tahun, saya mendapat telefon pertama saya dari mak cik saya, namun telefon itu akhirnya dijual oleh bapa saya kerana pada ketika itu keluarga saya mengalami kesempitan wang.”

Dengan berbekalkan niat ingin mengubah nasib keluarganya, dia terus berusaha untuk memajukan dirinya.

Tambahnya, “untuk menceburi bidang perniagaan, sikap malas adalah sikap yang perlu dibuang jauh-jauh kerana duit tidak jatuh dari langit seperti hujan.”



Dixon bersyukur kerana dia dapat bekerja di dalam bidang yang diminatinya walaupun, tidak mempunyai tahap pelajaran yang tinggi.

Dixon menyiapkan rekaan grafik yang ditempah oleh kliennya.


Rekaan untuk baju bagi kumpulan dari Amerika Syarikat iaitu


Memphis May Fire.



Rekaan logo untuk Kumpulan Infinity's End


Rekaan poster untuk Kumpulan Infinity’s End



You can find him at http://intuitivedesigns.weebly.com/ .